Ya, latihan rintangan boleh membantu badan mengurus gula darah dengan lebih baik. Tetapi manfaat ini bukan datang daripada saiz otot semata-mata. Ia datang apabila otot aktif menggunakan glukosa, menjadi lebih sensitif terhadap insulin selepas latihan dan menerima rangsangan yang konsisten dari minggu ke minggu.

Otot yang aktif menggunakan glukosa sebagai salah satu sumber tenaga, tetapi manfaat latihan tidak bergantung pada saiz otot semata-mata.
Jawapan ringkas
- Kontraksi otot membantu membawa glukosa masuk ke dalam otot untuk digunakan sebagai tenaga.
- Selepas bersenam, otot yang baru bekerja boleh menjadi lebih responsif terhadap insulin untuk satu tempoh.
- Latihan rintangan yang konsisten boleh memperbaiki beberapa ukuran sensitiviti insulin dan kawalan glukosa.
- Pertambahan otot dan penambahbaikan glukosa boleh berlaku serentak, tetapi bukti belum menunjukkan saiz otot ialah punca utama.
- Bagi orang dewasa dengan diabetes, garis panduan semasa menyarankan dua hingga tiga sesi latihan rintangan seminggu pada hari yang tidak berturut-turut, mengikut keadaan individu.
1. Otot yang bekerja menggunakan lebih banyak glukosa
Bila otot mengecut semasa latihan, permintaan tenaga meningkat. Glukosa ialah salah satu bahan api yang boleh digunakan untuk menyokong kerja itu.
Bahagian menariknya ialah pengambilan glukosa oleh otot semasa kontraksi tidak bergantung sepenuhnya pada laluan insulin. Maksud mudahnya… otot yang sedang bekerja mempunyai satu lagi cara untuk membawa glukosa masuk dan menggunakannya.

Kontraksi otot membantu meningkatkan pengambilan glukosa ke dalam otot melalui laluan yang sebahagiannya berbeza daripada insulin.
Ini tak bermaksud satu sesi gym akan "membersihkan" semua gula dalam darah. Respons bergantung pada jenis latihan, tempoh, intensiti, pemakanan, ubat dan keadaan kesihatan hang.
Tetapi prinsip asasnya jelas: otot yang aktif ialah tisu yang sedang menggunakan tenaga.
2. Otot boleh menjadi lebih sensitif terhadap insulin selepas latihan
Insulin membantu membawa glukosa daripada darah ke dalam sel. Selepas satu sesi senaman, otot yang baru bekerja boleh memberi respons yang lebih baik kepada insulin untuk beberapa jam selepas itu.
Satu kajian manusia pada 2024 menggunakan latihan sebelah kaki. Selepas peserta makan, kaki yang telah bersenam mengambil glukosa kira-kira dua kali lebih banyak berbanding kaki yang berehat. Kajian itu membantu menerangkan mekanisme, tetapi ia hanya melibatkan 10 lelaki yang aktif secara rekreasi. Jadi coach tak akan guna satu kajian kecil itu sebagai jaminan untuk semua orang.
Bukti yang lebih luas juga menyokong manfaat latihan. Satu meta-analysis melibatkan 25 randomized controlled trials dan 851 orang dewasa mendapati latihan sekurang-kurangnya empat minggu meningkatkan insulin-stimulated glucose disposal berbanding kumpulan kawalan. Penurunan berat boleh menguatkan sebahagian kesan, terutama untuk sensitiviti insulin di luar otot.
Ayat mudahnya begini:
Satu sesi memberi kesan akut. Rutin yang konsisten membina adaptasi.
3. Latihan rintangan membina sistem metabolik yang lebih berguna
Latihan rintangan bukan sekadar mahu lengan besar atau kaki nampak berisi. Ia melatih otot untuk menghasilkan daya, menyimpan bahan api dan bekerja lebih cekap.
Meta-analysis 2024 terhadap 33 kajian intervensi mendapati latihan rintangan berlaku bersama peningkatan fat-free mass, toleransi glukosa dan sensitiviti insulin dalam beberapa analisis. Tetapi pertambahan fat-free mass tidak secara konsisten menerangkan perubahan kawalan glukosa.
Ini point yang ramai terlepas.
Lebih banyak otot mungkin berguna, tetapi proses latihan itu sendiri sangat penting. Otot yang kerap digunakan, peningkatan kapasiti kerja, kurang masa sedentari dan perubahan komposisi badan semuanya boleh menyumbang.
Jadi jangan tunggu sampai nampak "besar" baru mahu hargai latihan beban. Manfaat metabolik boleh mula berlaku sebelum perubahan fizikal jelas di cermin.
Lagi besar otot, lagi kebal daripada diabetes?
Tak semudah itu.
Saiz otot bukan lesen untuk makan tanpa struktur, tidur berterabur atau abaikan ubat. Diabetes ialah keadaan kompleks yang melibatkan pankreas, hati, otot, lemak badan, genetik, gaya hidup dan faktor kesihatan lain.
Apa yang bukti lebih kuat sokong ialah ini:
- latihan rintangan boleh memperbaiki beberapa ukuran kawalan glukosa;
- otot yang aktif menggunakan glukosa;
- latihan boleh meningkatkan tindak balas otot kepada insulin;
- kesannya berbeza antara individu dan tidak bergantung pada hypertrophy sahaja.
Itu mesej yang lebih tepat daripada slogan "bina otot, gula terus normal".
Cara mula secara praktikal
American Diabetes Association mengesyorkan orang dewasa dengan diabetes jenis 1 atau jenis 2 melakukan dua hingga tiga sesi latihan rintangan seminggu pada hari yang tidak berturut-turut. Pelan menyeluruh masih patut memasukkan aktiviti aerobik dan mengurangkan masa duduk terlalu lama.

Dua hingga tiga sesi pada hari tidak berturut-turut ialah sasaran umum, tetapi pelan perlu disesuaikan dengan tahap dan keadaan kesihatan.
Kalau hang beginner, mula begini:
- Buat dua sesi full-body seminggu dahulu.
- Pilih pergerakan yang melatih kaki, pinggul, tolakan dan tarikan.
- Guna dumbbell, mesin, resistance band atau berat badan mengikut kemampuan.
- Mulakan dengan teknik yang stabil dan usaha yang boleh dipulihkan.
- Tambah ulangan atau beban sedikit demi sedikit apabila pergerakan sudah konsisten.
- Gabungkan dengan berjalan atau aktiviti aerobik yang hang boleh ulang setiap minggu.
Jumlah set dan beban terbaik tak sama untuk semua orang. Prinsip coach ialah mula dengan dos yang hang boleh buat dengan baik, kemudian bina progres daripada situ.
Kalau hang masih keliru tentang jumlah kerja yang diperlukan, baca juga Low Volume Boleh Bina Otot?. Artikel itu menerangkan kenapa kualiti set lebih penting daripada mengejar banyak set secara membuta tuli.
Jika hang ada diabetes atau mengambil ubat
Senaman boleh mengubah bacaan gula darah. Bagi individu yang menggunakan insulin atau ubat yang merangsang penghasilan insulin, senaman boleh meningkatkan risiko hypoglycemia semasa atau selepas latihan.
Jadi elakkan buat andaian sendiri.
- Bincangkan pelan latihan dengan doktor atau pasukan penjagaan diabetes.
- Pantau glukosa atau CGM mengikut pelan yang mereka tetapkan.
- Jangan ubah dos insulin atau ubat sendiri.
- Fahami tanda hypoglycemia dan tindakan yang telah disarankan kepada hang.
- Dapatkan penilaian khusus jika ada masalah mata, saraf, kaki, tekanan darah atau kardiovaskular.
Artikel ini ialah pendidikan umum. Ia bukan diagnosis, arahan mengubah ubat atau pelan rawatan individu.
Soalan lazim
Adakah bodyweight dan resistance band dikira latihan rintangan?
Ya. Latihan rintangan ialah pergerakan melawan daya luar. Ia boleh menggunakan berat badan, band, dumbbell, mesin atau barbell. Pilih alat yang membolehkan hang berlatih dengan selamat dan progresif.
Perlu tunggu otot besar baru sensitiviti insulin bertambah baik?
Tak. Bukti menunjukkan manfaat latihan dan pertambahan otot boleh berlaku serentak, tetapi pertambahan fat-free mass tidak konsisten menerangkan perubahan kawalan glukosa. Aktiviti otot dan adaptasi latihan nampaknya sama penting, mungkin lebih penting dalam sesetengah konteks.
Adakah latihan beban boleh menggantikan cardio?
Tak perlu pilih satu sahaja. Garis panduan diabetes menyokong gabungan aktiviti aerobik, latihan rintangan dan pengurangan masa duduk. Gunakan kombinasi yang sesuai dengan kemampuan dan keadaan hang.
Boleh berhenti ubat bila sudah mula gym?
Jangan. Keputusan tentang ubat mesti dibuat bersama doktor berdasarkan bacaan, sejarah kesihatan dan respons individu. Senaman menyokong rawatan, bukan menggantikan keputusan klinikal.
Kesimpulan Coach
Latihan bina otot boleh membantu kawalan gula darah melalui tiga jalan utama: otot aktif menggunakan glukosa, sensitiviti insulin boleh meningkat selepas latihan dan rutin jangka panjang membina adaptasi metabolik.
Tetapi real talk… jangan sempitkan mesej ini kepada "lagi besar otot, lagi baik gula". Bukti belum menyokong hubungan semudah itu.
Kejar latihan yang konsisten, pemakanan yang boleh diulang dan pemantauan yang sesuai dengan keadaan hang.
Kalau matlamat hang juga mahu susun pemakanan dan turun lemak dengan cara yang lebih praktikal, lihat SempoiDiet. Ia ialah sistem pendidikan pemakanan dan tindakan, bukan rawatan diabetes.
Coach Akmal
Natty Elite · FFMI 26 · Ilmu Fitness Berasaskan Sains yang Praktikal
Rujukan awam
- Paquin J et al. Resistance training, skeletal muscle hypertrophy, and glucose homeostasis: how related are they?
- American Diabetes Association. Standards of Care in Diabetes 2026: Physical Activity
- Rebello CJ et al. Effect of exercise training on insulin-stimulated glucose disposal
- Voldstedlund CT et al. Exercise-induced increase in muscle insulin sensitivity in men
- American College of Sports Medicine and American Diabetes Association. Exercise and Type 2 Diabetes